Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menentukan aspek kerjasama politik parti itu apabila tiba masanya.<br /><br />Presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, buat masa ini, pihaknya akan menumpukan kepada kerjasama sedia ada bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<br /><br />Bagaimanapun, katanya, sekiranya mereka gagal mencapai konsensus, pihaknya akan membuat keputusan mengikut kepentingan parti.